
Soal jawab Transfer Factor
Pembina Daya Imun Paling Hebat Dalam Sejarah Sains

Apakah itu Transfer Factor (TF)?
Ia adalah zat molekul halus yang bijak (immune IQ) yang terdapat dalam kolostrum (susu awal). Ia bertindak sebagai pemberi maklumat kepada sistem imun tubuh badan. Setiap mamalia (manusia atau haiwan) yang menyusukan anaknya akan mengalihkan kepandaian sistem imun seluruh hidupnya kepada anaknya melalui susu awal yang dinamakan kolostrum. TF adalah “Senjata Daya Imun” yang paling berharga di dalam kolostrum.

Apakah itu Kolostrum?
Kolostrum adalah susu awal yang terdapat dari 1-3 hari si ibu melahirkan.
Apakah yang dimaksudkan dengan ‘kepandaian sistem imun’?
Setiap manusia atau haiwan akan sentiasa diserang berbagai jenis kuman, virus, kulat, hama, habuk, parasit dan kerosakan-kerosakan dari luar yang mendatangkan penyakit. Sistem imun lah yang sentiasa memerangi musuh-musuh ini. Apabila musuh menyerang, gambaran rupa musuh-musuh itu akan di simpan dalam ingatan molekul halus yang dinamakan Transfer Factor. TF bertindak sebagai “kamera penyimpan maklumat-maklumat bentuk rupa jenis-jenis kuman, virus,kulat dan sebagainya.
Apakah yang mendorong para saintis untuk mencari TF dalam Kolostrum?
Melalui pengamatan, mereka dapati bahawa anak-anak lembu yang tidak diberi susu awal ibunya selepas dilahirkan akan mati dalam beberapa ketika, walaupun terdapat banyak makanan-makanan lain yang diambilnya. Infeksi dari serangan kuman, virus dan kulat adalah sebab-sebabnya. Pengkaji dapati bahawa anak-anak lembu yang baru dilahirkan tidak mempunyai sistem ketahanan yang terbentuk dan tidak mengenali rupa-rupa jenis kuman, virus, kulat dan sebagainya. Dengan adanya TF, sistem ketahanan anak-anak lembu dapat mengenali musuh-musuhnya, lantas dapat mempertahankan diri dari serangan.
Apakah sejarah disebalik TF?
Pada tahun 1949, Doktor H. Sherwood Lawrence, dalam kajiannya mencari penawar penyakit batuk kering (tuberculosis), mendapati bahawa sistem imun dari seorang yang sudah pulih dari penyakit, boleh dialihkan kepada orang lain yang belum terkena penyakit tersebut. Ia gelar sistem tersebut sebagai “transfer Factor”.
Apakah fungsi Transfer Factor?
a) Meningkatkan aktiviti sel “natural Killer” ketahap lebih dari 200-400%. Ini adalah 10-30 kali ganda lebih tinggi kekuatan peningkatan daya imun berbanding dengan segala jenis herba atau makanan-makanan kesihatan yang pernah dikaji oleh sains. Sel NK adalah bahagian paling penting dalam sistem ketahanan tubuh badan buat menentang infeksi dari penyakit. Ia meronda, mencari dan memusnahkan bentuk-bentuk infeksi dan sel-sel berpenyakit. Sel NK adalah sangat penting dalam melawan dan membunuh sel-sel kanser dan sel-sel yang berinfeksi akibat serangan virus, kuman, kulat dan sebagainya.
b) Meningkat IQ sistem imun (kebijaksanaan) – TF memiliki gambaran rupa beribu-ribu jenis kuman perosak. Ia akan mengalihkan gambaran ini kepada sel-sel imun, supaya dapat mengenali musuh-musuh dengan cepat. TF memberikan informasi tepat supaya sel-sel imun dapat bertindak segera, menghapuskan kuman-kuman perosak, virus dan kulat, sebelum ia bertapak dan membiak didalam tubuh badan.
c) Menenangkan sistem imun yang terlalu aktif – Sistem imun yang diluar kawalan akan menyerang sel-sel baik dan juga tisu tubuh badan. Ini digelar dengan “penyakit autoimmune”. Bahagian penenang TF akan menenangkan sel-sel imun apabila musuh-musuh telah berjaya diatasi, dan mengarahkan sel-sel imun ke tempat lain yang diperlukan. Bahagian penenang ini adalah sangat penting untuk penyakit-penyakit autoimmune seperti lupus, arthritis, allergy, asthma, multiple sclerosis, psoriasis dan banyak lagi.

Jika TF terdapat dalam kolostrum, mengapa tidak mengambil kolostrum sahaja?
TF tidak membawa pada allergi, sedangkan kolostrum mengandungi banyak antibodi (protein susu yang kasar), sesuai untuk anak lembu, iaitu casein dan immunoglobulin, yang boleh membawa allergi pada manusia. TF tidak tertakluk pada mamalia tertentu, bermakna ia adalah sama mahupun dalam manusia ataupun mamalia lain. Kolostrum juga hanya mengandungi sedikit sahaja TF, dan anda harus mengambil 45,000mg kolostrum untuk mendapatkan 600mg TF – bermakna 1 biji TF adalah lebih kurang sama kekuatannya dengan 75-100 biji pil kolostrum.
Bolehkah Orang-orang yang mempunyai allergi kepada susu atau ‘lactose intolerant’ mengambil TF?
Seperti yang diterangkan di atas, TF tidak membawa pada sebarang allergi, kerana ia tidak mengandungi susu, lemak susu atau gula susu (lactose). Semua itu telah diasingkan oleh sistem ekstrasi canggih milik 4Life Research. Yang terdapat didalam TF adalah pati molekul “imun IQ”.
Saya sedang mengamalkan makanan-makanan kesihatan lain seperti zat-zat vitamin, herba, enzyme dan lain-lain. Apakah perlu saya mengambil TF?
TF bertindak terus pada sistem yang paling penting dalam tubuh badan manusia, iaitu sistem imun ataupun daya menentang penyakit. Tanpa daya imun, manusia tidak dapat hidup. Dengan tidak memberikan sistem imun makanan tepat yang diperlukan, sistem imun itu akan mencuri bahan-bahan yang diperlukan dari sistem-sistem yang lain kerana ia adalah fungsi yang terpenting. Makanan-makanan tambahan lain hanya memberikan zat pada sel dan organ tetapi tidak dapat memberi informasi atau kebijaksanaan kepada sistem imun untuk mengenali musuh-musuhnya. Sama juga seperti orang yang kuat, jika terlalu bodoh atau gila, walaupun hakikatnya merekan kuat, nescaya akan dapat dikalahkan juga oleh musuh-musuhnya. kerana belum tentu kuat itu bijaksana bagi mengenali musuh musuh yang masuk didalam badan kita hari hari.
Adakah terdapat bukti-bukti sains yang membuktikan TF dapat meningkatkan daya imun jauh lebih tinggi dari makanan-makanan kesihatan lain?
Ya! Walaupun makanan-makanan kesihatan lain mempunyai fungsi-fungsi tertentu dalam kesihatan manusia, TF memainkan peranan paling penting dalam daya melawan penyakit. Kajian sains yang dijalankan selama 7 tahun (1992-1999) oleh Jeunesse Inc- Institute of Longevity Medicine, California, keatas 198 produk-produk terkenal didunia ini yang terbahagi kepada lebih 400 ramuan, telah membuktikan penemuan ini. Dalam 198 produk, Cuma 46 sahaja yang dapat merangsang sistem imun dari 10% - 48%. TF dan TF+ dapat merangsang sistem imun ketahap 283% dan 437% (sila lihat laporan penyelidikan).

Adakah kajian TF telah dibuktikan dan disahkan oleh sains?
Sejak penyelidikan Doktor Sherwood Lawrence pada tahun 1949, terdapat lebih 3000 laporan-laporan sains tentang kajian-kajian klinikal TF yang melibatkan beribu-ribu pakar perubatan dari seluruh dunia termasuk pakar-pakar bedah, doktor dan saintis-saintis terbilang. Penyelidikan keatas TF menelan belanja sejumlah US$ 40 juta.
Jika TF terlalu bagus dan berkesan, mengapa tidak doktor-doktor menggunakannya di klinik?
Terdapat ramai para-para doktor di Amerika, Eropah, Russia dan banyak negara-negara lain yang sudah mula menggunakan dan mengesyorkan TF kepada pesakit-pesakit mereka. TF juga disenaraikan dalam buku PDR (Physicians’ Desk Reference) iaitu buku panduan dan rujukan para-para doktor. Terdapat beribu-ribu testimoni dari pesakit-pesakit yang menggunakan TF, dan juga para doktor yang menganjurkan TF.

Adakah selamat menggunakan TF?
Ia dalah 100% selamat, asli dan tanpa sedikit pun kadar toksik. Pengkaji telah memberikan dose sehingga 2000 kali ganda kepada sukarelawan-sukarelawan untuk ujian klinikal dan mendapati tiada langsung kesan sampingan keatas mereka.
Adakah semua orang boleh mengambil TF?
Ya. Dari bayi yang baru lahir sehingga orang tua, boleh mengambil TF kerana ialah adalah produk kurniaan alam semulajadi, disahkan selamat dan tiada kesan sampingan.
Adakah informasi tentang keselamatan menggunakan TF?
Pada tahun 1980, FDA (USA) meluluskan kolostrum (susu awal lembu) dan diikuti dengan kelulusan mengambil TF dari kolostrum untuk kegunaan manusia pada tahun 1985
Siapakah yang boleh mendapat manfaat dari pengambilan TF?
Semua orang yang ingin mencegah seperti merawat apa sahaja penyakit dan juga orang-orang yang mahukan tenaga yang lebih, perlu mengambil TF
Saya cukup sihat, Apakah perlu saya mengambil TF?
TF mendidik sistem imun kita untuk mengenal dan sentiasa bersedia terhadap serangan musuh-musuh di dalam tubuh badan kita. Serangan musuh-musuh ini terjadi setiap hari di dalam tubuh badan, akibat corak kehidupan zaman ini seperti pencemaran kepada makanan, air dan udara. Pencegahan adalah lebih utama dari merawat. Kadangkala penyakit boleh merosakkan organ kita sehingga ke tahap tidak dapat dipulihkan kembali. Lagipun, walaupun kita sihat, sistem imun kita terpaksa bekerja overtime setiap hari, dalam memastikan kita tetap hidup. Ini boleh menyebabkan kita selalu berasa letih dan lesu, jika sistem ketahanan tidak mendapat TF yang secukupnya.
Saya sedang mengambil ubat doktor. Bolehkah saya mengambil TF juga?
Tidak terdapat sebarang asas “sistem ketahanan asli” untuk manusia dan ia tidak bercanggah dengan apa sahaja ubat-ubatan doktor, malah TF akan mempercepatkan proses penyembuhan seseorang itu.
Bolehkah wanita hamil mengambil TF?
Tidak terdapat sebarang laporan kesan sampingan dari wanita-wanita hamil yang mengambil TF. Namun begitu adalah lebih baik meminta nasihat doktor masing-masing, terlebih dahulu. Walaubagaimanapun, TF Plus tidak dianjurkan untuk wanita-wanita hamil.
Bagi seseorang yang tidah boleh menelan kapsul, bagaimanakah cara untuk mengambil TF Plus?
Kapsulnya boleh dibuka dan campurkan isi kandungannya kepada air,bubur atau sebarang makanan lembut
Adakah TF sama seperti zat2 vitamin ,galian dan enzyme?
Tidak. TF bukan vitamin, bukan hormon, bukan steroid bukan dadah, TF adalah suplemen lain dari yang lain, dan tertakluk pada jenis tersendiri.TF adalah molekul pendidik. TF adalah otak ataupun IQ kepada sistem imun
Adakah TF terlalu mahal?
Jika dibandingkan dengan daya kekuatan dan keberkesanan TF dalam merangsang sistem imun, ia adalah jauh lebih murah daripada produk kesihatan yang lain . Contohnya,jus noni dan aloe vera merangsang sistem imun setinggi 15% sahaja dengan TF Plus yang dapat merangsang sistem imun setinggi 437%, iaitu 29 kali ganda lebih tinggi. Jika satu botol noni/aloe vera berharga $40(RM80), anda harus berbelanja $1,160(RM2,320) untuk mendapatkan kekuatan yang sama seperti TF/TF Plus yang berharga cuma sekitar $85-$110 (RM170-RM250) sahaja.
Adakah selamat untuk mengambil lebih TF dalam sehari?
Tidak terdapat sebarang laporan kesan toksik dari pengambilan berlebihan TF
Bolehkah seseorang itu mengambil lebih banyak TF Plus dari apa yang disyorkan?
Kadangkala seseorang itu perlu dose yang lebih tinggi dalam jangka masa pendek bagi sokongan yang lebih kuat kepada sistem imun dalam menghadapi penyakit2 tertentu. Cara yang terbaik untuk memulakan mengambil TF Plus adalah dengan mengikut dose yang tertera di label.
Bolehkah TF diambil bersama zat2 vitamin, mineral , enzyme,ginseng,gamat atau herba2 lain?
Ya ,boleh. TF tidak bercanggah dengan nutrien2 lain.
Apakah penyakit2 yang memerlukan TF?
Semua penyakit dari yang ringan sepeti selsema, kepada yang berat sepeti barah, sakit jantung,buah pinggang,kencing manis,bisa lutut,sawan dan sebagainya memerlukan TF. Apabila seseorang itu berpenyakit ,ini menunjukkan bahawa sistem ketahanannya sudah kalah. TF akan mengejutkan dan merangsang sistem ketahanan seseorang itu untuk melawan dan mengatasi penyakit2 tersebut.
Mengapa lembu dipilih sebagai sumber TF?
Lembu mempunyai susu awal lembu yang cukup banyak. TF tidak tertakluk kepada jenis tertentu,bermakna ia sesuai dan boleh digunakan oleh manusia walaupun unsurnya adalah dari mamalia lain. Lembu juga lebih terdedah pada cabaran2 alam sekitar seperti kotoran,kuman,virus,hama,kulat,habuk dan sebagainya menjadikan sistem imunnya jauh lebih gagah dari manusia. Ini bermakna TF dari unsur kolostrum lembu mempunyai banyak “pengalaman”dan “kebijaksanaan” dalam mendidik dan merangsang sistem imun.
Adakah kemungkinan TF atau kolostrum dicemari oleh kuman lembu gila (mad cow disease)?
a) Tidak mungkin! Pakar2 tentang penyakit lembu gila telah mengesahkan bahawa kuman BSE (bovine spongiform encephalopathy) tidak termasuk ke saluran mamari ke kolostrum. Pemeriksaan kepada lembu2 yang diserang penyakit lembu gila tidak satu pun yang mempunyai susu yang dijangkiti. Para saintis juga mendapati bahawa kesan jangkitan kuman pada tahap terakhir berada di otak dan tulang belakang lembu. Tidak pernah terdapat susu yang dijangkiti.
b) World Health Organization(who) memberi kenyataan : “Ujian keatas susu2 dari lembu2 yang dijangkiti kuman BSE tidak menunjukkan sebarang jangkitan. Susu dan produk2 yang diperbuat dari susu telah disahkan selamat dan bebas dari jangkitan sebarang kuman walaupun di negara yang mempunyai banyak insiden penyakit lembu gila (Great Britain).
c) Kuman BSE yang dikaitkan dengan penyakit lembu gila tidak pernah terdapat pada lembu2 di USA (Amerika Syarikat). Lagipun tidak terdapat sebarang bukti dari 36 penyakit “crutzfeldt-jacob disease”( Penyakit berkaitan lembu gila) di Great Britain yang dikaitkan dari pengambilan produk2 susu. Yang lebih menyakinkan lagi ialah anak2 lembu yang menghisap bergelen-gelen susu yang dari ibu2 yang dijangkiti penyakit,tidak dijangkiti penyakit tersebut. (Wilesmith JW,Ryan JBM – Absence of BSE in the offspring of pedigree suckler cows affected by BSE in Great Britain. Vet rec 1997; 141:250-1)
Mengapakah harus saya mengambil TF jika saya sudahpun menerima informasi sistem imun sewaktu saya masih bayi?
TF yang kita terima dari ibu kita sewaktu baru dilahirkan dahulu membantu sisten imun kita untuk cabaran2 baru sedangkan sistem imum kita semakin lemah akibat umur yang meningkat. Menguatkan sistem imun adalah tersangat penting untuk kesuhatan yang berpanjangan.
Berapa kerap harus saya mengambil TF?
Setiap hari, tubuh badan kita menghasilkan sel2 imun baru yang memerlukan informasi. TF harus diambil setiap hari bagi memastikan sistem kita sentiasa mendapat sokongan dan didikan bagi menghadapi cabaran2 yang sentiasa memenuhi alam sekitaran kita. Apatah lagi dizaman sekarang dimana penyakit2 berupa serangan virus seperti SARS,hand,foot and mouth disease,bird-flu,HIV-AIDS,semakin berleluasa. Para saintis juga telah mendapati bahawa kebanyakan penyakit2 adalah berpunca mulanya pada serangan virus dan kuman. Ini termasuk penyakit kencing manis, jantung,TB,sawan,semput dan sebagainya.
Adakah sebarang peluang bagi syarikat2 lain juga meniru dan menjual TF di pasaran?
Syarikat2 lain akan sentiasa mencari jalan untuk meniru dan menjual TF kerana mereka tahu bahawa TF mempunyai pasaran yang luas. Tetapi, perlindungan milik hak-cipta(patent) telah diberikan hanya kepada syarikat 4Life Research sahaja di dunia ini. Ini disebabkan , proses mengasingkan TF dari kolostrum , yang sangat rumit ,telah dapat dihasilkan oleh para2 saintis di 4Life Research sahaja yang disertakan dalam buku rujukan dan panduan para doktor (PDR),bukan TF dari syarikat2 lain . ini bermakna hanya 4Life Research sahaja yang memiliki TF yang diakui kualiti serta keberkesanannya.
Adakah saya perlu mempunyai latar belakang pengetahuan sains atau ubat-ubatan untuk berkongsi sana tentang Transfer Factor?
Tidak. Konsep TF mudah diterangkan kerana ia adalah bahan asas dalam sistem ketahanan manusia. Dimana, manusia sentiasa mencari jawapan dalam menjaga kesihatan dan meningkatkan daya melawan penyakit ( peningkatan imun). Ibu,bapa,kaum remaja,kanak2 kecil dan orang2 yang sudah lanjut usia,semuanya sedang menghadapi cabaran2 yang semakin hari semakin meningkat, dalam memgekalkan kesihatan tubuh badan. Dengan berkongsi sama informasi2 yang terdapat dalam risalah ini,kebanyakkan soalan2 akan terjawab, dan anda secara tidak langsung telah melakukan amal kebajikan dengan menyebarkan ilmu pengetahuan yang sangat penting dalam kehidupan umat manusia, sesuai dengan hadis nabi yang berbunyi “sebaik2 manusia adalah manusia yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia yang lain.